Tuesday, May 25, 2010

Masalah Penghawa Dingin

Saya selaku guru ICT meminta budi baik dari pihak PIBG untuk memberikan bantuan membaiki penghawa dingin makmal komputer. 2 penghawa dingin yang bermasalah itu telah kehabisan gas menyebabkan makmal komputer berada dalam keadaan panas jika menggunakannya. Saya pernah memaklumkan kes ini di depan Mr. Ong.  Masalahnya sampai sekarang belum ada maklum balas lagi.
saya mewakil pihak SKT1 mendahului dengan ribuan terima kasih atas pertolongan anda.

Lo Wen keong
Guru ICT

** 2 Penghawa dingin yang disebut di atas telah dibaiki oleh pihak sekolah dalam bulan JUN. Tambahanpula makmal komputer telah mengalami kebocoran bumbung yang menyebabkan air hujan membasahkan 1unit PC dan 1 unit penghawa dingin. Ini pun telah dibaiki oleh pihak sekolah**
Terima Kasih!!

Ujian PERMATApintar UKM1 25-5-10

Saya minta maaf kalau Bm saya tak baik. Dalam dunia ini kalau anda nak seseorang memahami situasi anda dan berkongsi falsafah dengan anda, tanyalah diri anda pernahkah u berdiri di sisi orang itu dan memahami keadaan/situasi yang dialaminya serta merasai apa yang dia rasakan. kalau anda hendak orang lain berlajar teladan anda, u mesti menunjukkan teladan yang baik.

              Hari ini sekolah kita telah menjalankan ujian PERMATApintar UKM1 secara online, sebanyak 25orang murid yang terdiri daripada murid tahun 3-6 yang menyertainya. Mereka hendak menjawab 148 soalan dalam masa 1-3 jam. Makmal komputer yang sedia ada hanya boleh support 19 komputer online, saya membuat pengubahsuaian untuk support 24 buah komputer online dengan menggunakan HUB supaya ujian ini boleh dijalankan dengan berjaya.

                Sebenarnya, ujian ini saya merancang untuk menjalankan pada awal pagi ini, malangnya pemohonan saya tidak diterima, mereka berpendapat bahawa hanya anggapan saya seorang sahaja yang menyatakan bahawa  masalah server down, masalah murid tidak dapat menjawab 148 soalan dalam masa yang singkat dan masalah technical komputer yang mungkin berlaku. Mereka hanya membenarkan saya mengadakan ujian ini 10.30pm-12.15pm, sebab masa itu saya tak ada kelas.

 jadual saya pada hari ini:
                                      7.45-8.15 Sains thn 3
                                      8.45-9.45 PM thn 3
                                     10.05-10.35 Sains thn 2
                                      10.35-1.05 Pegawai Ujian PermataPintar
                                      1.05-2.05 BCSK thn 2
                                      2.00-4.00 KOKU
                ( Hahahah......... saya mesti berehat, kalau tak akan berasa letih, pukul 1.05 balik rumah, Guru ICT tak             apa orang muda memang tahan lasak, tak payah berehat)

                 Pada pukul 10.30 murid-murid skt1 beratur memasuki makmal komputer, saya memimpin murid mengisi maklumat murid, maklumat ibubapa dan maklumat sekolah. Disebabkan mereka tidak biasa menggunakan komputer untuk menaip, oleh itu mereka menggunakan masa yang agak lama untuk mengisi maklumat murid, maklumat sekolah dan maklumat ibubapa. Lepas itu, ujian pun bermula, sepanjang sesi ini saya memimpin murid-murid menyelesaikan masalah komputer yang berlaku, akhirnya mereka pun berjaya menghabiskan 148 soalan pada pukul 1.00pm. Disinilah saya berharap mereka dapat memasuki saingan ke 2 Permatapintar UKM2.

                  Saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Pn. Ng yang memberikan MAC D sebagai makanan tengahari untuk saya, Cikgu Nizam  yang menolong saya mengajar murid-murid kelab komputer semasa KK, barulah saya ada masa untuk menyimpan laptop dan setting semula makmal komputer kepada asalnya. Akhirnya saya meminta maaf kalau apa yang saya tulis ini meninggung perasaan anda.
                  
LO WEN KEONG
GURU ICT