Tuesday, July 13, 2010

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN(LDAP) SIRI KE 4, 2010.

TAJUK                   :  TEKNIK PENANDAAN & SISTEM PEMARKAHAN DALAM UPSR
TARIKH                 : 10 JULAI 2010
HARI                      :  SABTU
TEMPAT                :  SK TENGKERA 1 & 2
PENYERTAAN      :  SK TENGKERA 2 ( TUAN RUMAH)
                                   SK TENGKERA 1
                                   SK SACRED HEART
                                   SK ST. FRANCIS
                                   ACS
                                   SK KUBU
BIL GURU            :  170  ORANG
<<<< Mata Pelajaran Sains >>>>
<<<< Mata Pelajaran Matematik >>>>
Tn.Hj. Hassan b. Suboh, Penolong Pengarah Unit Kurikulum, PPD Melaka Tengah dengan tajuk Analisis Item.  


Tanda-Tanda penghargaan kepada JU, Terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu dengan kita
LDAP siri ke 4 telah berlangsung di SK Tengkera 1 dan 2 dengan SK Tengkera 2 sebagai tuan rumah program.  SK Tengkera 1 terlibat di dalam penyediaan tempat iaitu Dewan Terbuka telah digunakan untuk penyertaan melibatkan kesemua peserta dan Makmal Komputer/Perpustakaan untuk taklimat guru berkaitan cara / teknik menanda kertas mengikut mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu diadakan di perpustakaan dan Matematik di Makmal Komputer.

Di dalam kursus tersebut, guru-guru telah diagihkan kepada pilihan mata pelajaran teras dan dibantu oleh Jurulatih Utama bagi setiap mata pelajaran teras.  Kebanyakan guru yang menjadi Jurulatih Utama (JU)adalah guru yang pernah terlibat dalam menanda kertas jawapan UPSR.
Perkongsian ilmu telah berlangsung mulai jam 8.00 pagi sehingga jam 10.30 pagi.  Slot seterusnya bersama Tn.Hj. Hassan b. Suboh, Penolong Pengarah Unit Kurikulum, PPD Melaka Tengah dengan tajuk Analisis Item.  Program tamat pada jam 12.30 tengahari.  

Teknik menjawab soalan (M/P SAINS)

Penceramah : En. Roslan Abu Bakar
tempat         : Makmal Komputer
Masa           : 2.30-4.30pm